DISEMBER 2023

Syarikat Minyak, Gas Terkemuka Berminat Bekerjasama Dengan PETROS


LONDON: Struktur geologi sesuai untuk menyimpan karbon dioksida (CO2) telah menarik minat Syarikat British Petroleum (BP) bagi membentuk jaringan bersama PETROS.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kelebihan itu telah menarik minat BP untuk menjalinkan kerjasama dalam pembangunan penggunaan dan penyimpanan tangkapan karbon (CCUS) di negeri itu.

“Usaha ke arah kerjasama itu merupakan langkah tepat untuk membangunkan masa depan tenaga bersih yang mampan bagi manfaat generasi akan datang,” katanya. semasa melakukan pertemuan dengan pihak BP di The Park Tower Knightbridge Hotel di sini, semalam.

Hadir sama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom (UK), Datuk Zakri Jaafar, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak dan barisan kenamaan lain.

BP merupakan sebuah syarikat bersepadu yang beroperasi di semua bidang industri minyak dan gas termasuk penerokaan dan pengeluaran, penapisan, pengedaran dan pemasaran, petrokimia, penjanaan kuasa dan perdagangan.

Syarikat itu juga mempunyai kepentingan tenaga boleh diperbaharui dalam bahan bakar bio dan kuasa angin.

Sementara dalam pertemuan berasingan, Premier Sarawak mengetuai delegasi melakukan perbicangan bersama Hambro Perks yang merupakan syarikat perniagaan didayakan teknologi dengan operasi perniagaan utama terletak di United Kingdom (UK).

Sumber dari : Jiwa Bakti